|
1 |
Pengertian konsep pengajaran |
|
|
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk
menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada
pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam
tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.
Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru,
pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap
anak dididik. |
|
2 |
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran |
|
|
Perancangan perlu dilakukan untuk
|
|
|
- memenuhi masa yang diperuntukan
- menepati kehendak objektif/matlamat
- berkesan sepanjang waktu pengajaran
- menarik perhatian dan tidak membosankan
|
|
3 |
Objektif pengajaran |
|
|
Objektif boleh dalam bentuk |
|
|
- Objektif implisit
- melibatkan perubahan tingkah laku yang
ketara seperti :
- memahami
- atau mengetahui
- atau menghargai
sesuatu yang telah diajar
- Objektif eksplisit
- melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh
dilihat seperti :
- menyenaraikan
- atau menjelaskan
- atau memberikan contoh
- atau menunjukkan cara yang betul
terhadap apa yang telah diajarkan
|
|
4 |
Buku rekod mengajar |
|
|
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar.
Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib
mengandungi dua perkara penting :
- Rancangan Pelajaran Tahunan
- Rancangan berdasarkan taqwim minggu
persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan
penjararan berdasarkan sukatan pelajaran
kebangsaan.
- Butiran yang perlu ada ialah :
- Mata pelajaran
- Tingkatan
- Minggu
- Tajuk/isi
- Objektif
- Kemahiran
- Nilai dan
- bahan bantuan mengajar
- Rancangan Pelajaran Harian
- Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
- Butiran yang perlu ada ialah :
- Hari dan tarikh
- Mata pelajaran dan tingkatan
- Masa
- Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin
dicapai
- Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi
Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen
penting bagi pihak
- sekolah
- PPD
- JPN
- dan jemaah nazir sekolah
Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan
disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir
tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja
tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.
Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa.
Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan
penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan
dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang
diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer
Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan
dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh
didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan
Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
kebangsaan)1997 (P.U.A.531) |
|
|
DENDA RM500
|
|
|
Jadual Waktu |
|
|
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu
mestilah ada |
|
|
- Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid
- Setiap hari persekolahan
- Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan
bilangan waktu mengajar
- Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua
Jabatan
|
|
|
Sukatan Pelajaran |
|
|
Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib
diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan.
Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK ,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan
serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi
kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua.
Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda. |
|
|
|
|
|
Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P |
|
|
Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang
guru perlulah
- Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara
mendalam
- Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi
pelajaran yang sesuai
- Merancang pengajarannya
- Set iduksi
- Perkembangan P&P
- Penutup
- Menentukan strategi P&P
- Menyediakan bahan bantu pengajaran
- Menyediakan penilaian
|
|
|
|
|
|
Komponen P&P |
|
|
Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam
merekabentuk pengajaran ialah |
|
|
- Objektif pengajaran
- Strategi pengajaran yang sesuai
- Bahan bantu pengajaran
- Maklum balas pelajar
- Penilaian
|
|
|
Fasa P&P |
|
|
Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat |
|
|
- Pra perancangan
- Guru mempunyai gambaan mental mengenai
- keseluruhan pengajaran
- pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada
dan lain-lain
- isikandungan pelajaran
- strategi
- bahan yang diperlukan dan boleh
digunakan
- Perancangan aktif
- Guru perlulah
- menulis rancangan mengajar
- menyediakan nota,
- membina transperansi/power point/model
- memastikan peralatannya masih berfungsi
baik dan sesuai digunakan
- menyediakan senarai semak
- Perancangan semasa
- Guru perlu
- mendapat maklum balas tentang kefahaman
pelajar
- mengubahsuai mengikut keperluan dan
keadaan semasa
- mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang
lepas
- Pasca perancangan
- Guru perlu
- menyedari kelemahan pengajaran
- mengesan kekuatan pengajarannya
- membuat catatan tentang perubahan yang
diperlukan
|
|
|
Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran |
|
|
Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P
seperti |
|
|
- buku teks
- buku rujukan
- buku latihan
- lampiran nota
- Alat audio visual
- LCD
- komputer
- peta
- gambarajah dan
- TV
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan