Pages

Ahad, 8 September 2013

AKU DAN DUGAAN ASSIGMENT



"Arghhh!!! Assignment lagi, bosanlah belajar! Masuk ni, dah 7 assignment pensyarah bagi. Mane satu aku nak siapkan dulu ni? Stress betullah!"

"Tak semangatlah nak belajar. Baca buku bukannya masuk, baik tengok TV lagi best. Takpun keluar jalan-jalan ke, tidur ke. Buat pening kepala nak watpe?"

"Mak, kakak penatlah belajar, tak seronok langsung. Mak tak boleh paksa-paksa kakak. kakak tak minat bidang ni. Susah la."

Saban waktu kita sering mengeluh. Mengeluh dan mengeluh. Merungut semangat tidak kunjung jua. Motivasi diri tidak pernah di tahap memuaskan, hampir sahaja tidak stabil.




BELAJAR : MENGAPA TIDAK BERSEMANGAT?

1. Tidak minat!
2. Susah!
3. Selalu stress!
4. Tak suka dengan pensyarah!
5. Selalu gagal
6. Masalah peribadi (keluarga, boyfriend, kewangan)


Kenapa tidak minat pula?

1. Ibu bapa suruh belajar dan ambil bidang tersebut
2. Subjek susah nak skor
3. Pensyarah yang membosankan! atau garang!



DILEMA PELAJAR PERGURUAN

Bagi kehidupan seorang pelajar perubatan, masalah utama yang menjadi dilema untuk meneruskan pengajian pada peringkat permulaannya adalah paksaan.

Mungkin paksaan daripada ibu bapa, faktor ekonomi, sosial dan sebagainya. Mungkin juga berupa satu bentuk paksaan untuk mengubah nasib keluarga dan mengangkat darjat keturunan di mata masyarakat apabila berjaya menjejakkan kaki ke "kilang memproses guru".

Itulah yang dinamakan kebanggaan duniawi!




KELIRU DENGAN NIAT 

  Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Gelaran pelajar perguruan di maktab  memang cukup menyenangkan hati perut mak bapa. Namun, adakah dilema dan kekeliruan yang selama ini menghantui sudah berakhir?


Walauapapun kos atau bidang yang sedang kita ceburi, cuba cek balik apa niat kita?
Apa nawaitu kita? Matlamat serta pendorong utama kita?

Jika dahulu, di saat menjejakkan kaki ke menara gading kita adalah TERPAKSA
Jika dahulu, di saat mendaftarkan diri ke fakulti kita adalah HARAPAN KELUARGA
Jika dahulu, di saat menghantar borang kemasukan ke universiti pilihan kita adalah IKUT KAWAN




SEJAUH MANA KUASA NIAT?

Mungkin dalam fasa pertama kehidupan di universiti, kita masih kuat dan tabah kerana kita ada ayah ibu sebagai pembakar semangat, ada kawan-kawan di sekeliling dan paling istimewa punya kekasih hati sebagai teman di kala waktu senang mahupun susah.

Tetapi sampai bila ia mampu bertahan?

Mana tidaknya, setiap kali mendapat assignment kita merungut, setiap kali peperiksaan kita stress malah yang paling membimbangkan apabila melakukan kesalahan dan dimarahi oleh pensyarah kita berasa cepat "down" dan mula menanam sifat benci kepada pensyarah dan bidang tersebut!

Kita bukan robot yang boleh dikawal emosinya. Bukan juga robot yang tidak punya roh, semangat dan kekuatan ketuhanan.

Kita ada Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Penolong.

Sedarlah, apabila kita memulakan sesuatu langkah dengan niat yang salah dan tidak besertakan Tuhan dalam gerak geri, itu bermakna kita melupakan Allah dan RasulNya. Dan itu juga bermakna kita adalah hamba yang sombong! Sombong sebagai hamba yang kerdil tetapi malas meminta-minta daripada Tuhan yang menciptakannya.
Sedarlah jua, semangat dan motivasi belajar hanya dicampakkan Allah ke dalam jiwa-jiwa yang haus dan dahagakan ilmu. Hati mereka benar-benar ikhlas dalam berjuang menuntut ilmu tanpa mengharapkan sebarang balasan apatah lagi pujian. Di mana keberkatannya melimpah tatkala ilmu tersebut diamalkannya, dikongsikan bersama dan diajar kepada mereka yang tidak mengetahui.

Perlu ditanam di dalam kepala, tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari merupakan penyebab hilangnya keberkatan ilmu, seperti yang dikatakan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab :

"Kewajiban setiap muslim dan muslimah adalah mempelajari 4 perkara, yang pertama ilmu, kedua mengamalkannya, ketiga mendakwahkannya, keempat sabar dalam menghadapi gangguan ketikan mendakwahkannya”.

Mungkin sudah tiba saatnya, kita mulakan kamus hidup yang baru. Memperbaharui niat dengan membunuh penyakit "keliru niat". Cekalkan hati, satukan matlamat. Kita belajar kerana beribadah kepada Allah, ini adalah medan jihad kita sebagai seorang pelajar.

Jika di Palestin anak-anak berusia sebaya dengan kita berjihad dengan mengangkat batu dan senjata. Kita di Malaysia, hanya perlu mengangkat pena dan kertas. Bahkan anak-anak Palestin berjihad bermandikan darah dan air mata, kita di Malaysia hanya bermandikan peluh dan kadangkala kurang tidur.

Payahkah?

Ambillah peluang untuk merenung diri kita dimana dan cari jalan keluar daripada permasalahan ini untuk berubah kearah yang lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan