KENAPA KITA PERLU BERSENAM ?
Kenapa kita perlu bersenam?
Setiap hari kita sering mendengar
di televisyen dan di surat khabar mewarwarkan senaman sebagai gaya hidup sihat
yang digalakkan oleh kerajaan dan institusi kesihatan. Namun, sejauh manakah
kita faham kepentingan bersenam kepada diri kita? Segelintir masyarakat
berpendapat bahawa melakukan senaman tidak penting apabila berat badan unggul
telah diperoleh, namun adakah tanggapan ini benar?
Sebagaimana yang telah kita
ketahui, masyarakat pada hari ini semakin sibuk dengan aktiviti harian mereka
yang begitu mendatangkan tekanan (stres). Stres menyebabkan badan kita
bertindakbalas meningkatkan kandungan gula dan lemak dalam darah, seterusnya
menyebabkan banyak kesan negatif. Tekanan yang dialami pada masa yang singkat
boleh mengakibatkan sakit kepala dan otot terutamanya di bahagian
leher. Oleh sebab itu, kita bisa merasa kekejangan otot di bahagian
leher apabila berasa terlalu tertekan. Tekanan yang berpanjangan pula boleh
mengakibatkan banyak komplikasi kepada seseorang antaranya ialah kecenderungan
kepada cirit birit yang berulang kali, aterosklerosis (pengerasan dinding salur
darah), bertambah atau berkurangya selera makan, dan hipertension (darah
tinggi). Masalah masalah ini seterusnya berupaya mendatangkan penyakit lain yang
lebih serius seperti sakit jantung, ischemia (kurang pengaliran darah di
bahagian bahagian tertentu pada badan), dan aneurysma (salur darah mengembang
dan berkemungkinan untuk pecah menyebabkan pendarahan dalaman).
Pada zaman dahulu, manusia
menggunakan tulang empat kerat mereka untuk menghadapi situasi stres seperti
dikejar harimau, atau kekurangan makanan. Namun pada hari ini, kebanyakan
situasi stres yang dialami masyarakat tidak memerlukan aktiviti fizikal sebagai
gerak balas. Misalnya, seorang pekerja kilang sering kali dimarahi majikannya,
namun dia tidak boleh menggunakan fizikalnya untuk menghadapi situasi stres yang
dialaminya, sebaliknya dia dijangka untuk bersabar dan berdiam, tidak seperti
pada zaman dahulu kala, apabila orang dimarahi, mudah sahaja mereka bertumbuk
dan bergaduh. Disebabkan stres pada masyarakat kita pada hari ini tidak dapat
disalurkan kepada aktiviti fizikal, ia boleh mendatangkan kesan negatif pada
badan.
Bahaya gula,
Kolesterol & lemak larut dalam badan
Bersenam dapat mengurangkan
kesan kesan stres terhadap badan apabila badan diarahkan untuk menggunakan gula
dan lemak yang telah disediakan oleh badan untuk menghadapi situasi stres. Degan
aktiviti senaman yang dilakukan, kita berhasil mengurangkan kandungan gula dan
lemak larut dalam darah seterusnya berhasil mengelakkan enapan lemak dan
kolesterol dalam salur darah. Aterosklerosis (dinding salur darah yang mengeras
dan tersumbat) dapat dielakkan dengan cara ini.
Bersukan juga berupaya menjadikan
individu periang dan ceria sepanjang hari. Bagaimanakah ini boleh
berlaku?
Dengan bersukan, badan akan
menghasilkan sejenis 'precursor hormone' sejenis protein dalam darah yang
bernama preopiomelanocortin. Bahan ini ditukarkan oleh badan kepada endorphin,
sejenis molekul yang bertindak sebagai bahan yang membawa ketenangan dalam
fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti senaman. Oleh sebab itu,
kita bisa merasakan keceriaan berpanjangan apabila kita melakukan senaman secara
konsisten.
Relevannya bersenam
di luar rumah
Selain itu, terdedah di bawah
cahaya matahari dapat merangsang sejenis reseptor di dalam mata yang mengesan
cahaya ultra ungu (UV light). Reseptor ini menghantar impuls ke bahagian otak
bernama suprachiasmatic nuclei, dan seterusnya ke bahagian otak yang lain.
Apabila otak mengesan kewujudan cahaya ultra ungu ini, otak akan menghasilkan
sejenis hormon bernama serotonin yang dapat membawa rasa gembira ke dalam minda
seseorang. Kekurangan cahaya matahari yang dialami oleh banyak warga eropah
terutamnya di Norway telah mangakibatkan gejala kemurungan yang amat tinggi,
seterusnya meningkatkan kes bunuh diri di negara negara tersebut.
Saya ada sakit jantung dan
berat badan, kenapa saya perlu bersukan?
Individu yang telah sedia
menghidap penyakit jantung juga mendapatkan banyak manfaat daripada aktiviti
senaman. Untuk individu yang menghidap aterosklerosis, bersenam dapat
meingkatkan colaterals (bertumbuhan arteri baru) ke jantung seterusnya
mengurangkan kebergantungan jantung pada arteri lama yang telah tersumbat. Ini
terhasil sewaktu bersukan kerana sewaktu bersukan jantung memerlukan tenaga yang
lebih banyak dan aliran darah yang lebih banyak. Oleh sebab arteri yang sedia
ada tidak mencukupi untuk membekalkan banyak darah, jantung mengalami hypoxia
(kekurangan oksigen untuk menghasilkan tenaga). Jantung seterusnya menghasilkan
hormon VEGF (vascular endothelial growth factor) yang megarahkan pertumbuhan
salur darah baru ke jantung. Oleh sebab salur darah baru terbentuk, risiko
mengalami infarct (tisu jantung mati kerana terputus bekalan darah) dapat
dikurangkan kerana salur darah baru yang dihasilkan berjaya mengekalkan bekalan
darah ke jantung.
Tapi saya rasa malas nak
bersukan
Rasa malas nak bersukan memang
susah hendak dihilangkan. Saya juga mengalami masalah yang sama. Namun setelah
berfikir panjang, saya telah menemui jalannya! Dengan memulakan dengan senaman
yang ringan dan sekejap namun konsisten sepanjang minggu. Contohnya dengan
berjalan kaki selama 15 minit di waktu petang atau waktu lapang yang lain, atau
boleh juga mengayuh basikal excercise (basikal dalam rumah) atau basikal sebenar
selama perlahan lahan selama 15 minit. Setelah berjaya melakukan aktiviti ini
secara konsisten, kita boleh meningkatkan intesiti senaman kita dengan berjoging
atau mengayuh lebih laju.
Bah..petang ni, esok
pagi atau petang esok kita bersenam..kita sihat, keluarga ceria, JPAN cemerlang "BERSENAM DI
HATIKU"
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan