|
PERSEDIAAN FIZIKAL
KESIHATAN Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu
ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan
pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa
kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang
berikut:
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah. |
|||||||
|
PERSEDIAAN MENTAL
Pelbagai
Gambaran Negatif. Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh
namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu
fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya. Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragui kebolehan diri anda. Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
"Sedikit
pencapaian itu lebih baik dari tiada
pencapaian langsung".
"Something is
better than nothing"
Lakukan
"Latihan Minda" setiap hari.
"If you can't
see it, you can't have it".
Kata-kata di atas menunjukkan
bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran
kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran.
Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti
terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan
sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak
gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak
dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda
tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh
itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk
merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran
yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk
merealisasikannya.Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.
Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada
kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan
anda.
|
|||||||
PERSEDIAAN EMOSI
Dalam
saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari
sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut
perlu dielakkan:
Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda. Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda. |
|||||||
|
PERSEDIAAN ROHANI
Selain dari persediaan fizikal,
mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu
faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan
usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang
menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu
disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu
untuk meraih ketenangan ini. Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
|
|||||||
|
MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN.
Saya tidak
tahu dimana patut bermula.
Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan. Anda mungkin tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh guru atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Semakin lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar anda.
Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan
semakin hampir.
Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik. Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan terperinci.
Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan
mengantuk apabila membacanya.
Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan. Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan diantara aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab soalan-soalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda. Belajar bersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan.
Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu
mengingatinya.
Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:
Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa
anda telah mengingatinya.
Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Melaka diserang Portugis, tanaya kan soalan-soalan seperti:
Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.
Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun maklumat atau fakta ini, antaranya ialah:
Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda
lupa?
Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini.
Pastikan setiap apa yang anda baca telah
diringkaskan. Jadikan fakta seringkas mungkin dengan syarat
apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakan
semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta
yang panjang sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau
tiga patah perkataan. Selepas 24 jam, cuba lihat nota ringkas
anda ini. Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami.
Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu
memanggil semula maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak
semula sekali imbas teks asal. Berikan masa menjawab
soalan-soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagi ingatan
anda. Semak semula apa yang dibaca dari semasa ke semasa.
Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah membaca teks
asal kembali sewaktu hampir dengan peperiksaan.
Anda suka belajar disaat-saat akhir.
Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda perlu belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Oleh itu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yang mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh. |
|||||||
|
BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
Ramai pelajar yang rajin
belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang setimpal dengan
usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak
belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan.
Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan
betul. Artikel ini akan membincangkan apa yang perlu anda
lakukan mulai sekarang hinggalah ke dewan peperiksaan bagi
memastikan anda lakukan yang terbaik. Bersedia untuk belajar Peperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi sama ada di kolej ataupun universiti. Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM. Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran penting. Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Matapelajaran ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Kejuruteraan). Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti adalah cerah. Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaik bagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit. Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata pelajaran. Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik. Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. Tidak ada masalah tanya penyelesaian. Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik. Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang telah anda kuasai dengan baik. Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab yang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik. Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu. Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah. Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran. Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungki belajar 1 jam diwaktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari. Mengingati Tajuk Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari. Buatkan Nota Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang mengulang baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara belajar begini bukan sahaja menjemukan malah merugikan masa anda, sedangkan peperiksaan semakin hampir. Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang terbaik ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan nota anda dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta penting yang tertinggal. Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda mengingatinya. Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci dan hafal. Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk dan kata kunci yang ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya. Latih diri anda untuk peperiksaan Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti otot-otot fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat. Mereka yang mahu cemerlang dalam 'bowling' perlu melakukan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan peperiksaan. Anda perlu melatih diri anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan. Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:
1. Latih mengeluarkan maklumatMencari sebab (post-mortem) Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-soalan. Setelah anda selesai membuat latihan ujian. Semak setiap jawapan yang dibuat. Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yang perlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:
Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak. Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi mengulangkaji. |
|||||||
|
Artikel sumbangan: Syafiq
Hazmy, Pelajar MAP, e-mel:
undertaker86@usa.net
Dalam masa menjelang peperiksaan, pelajar
hendaklah menentukan ulangkaji pelajaran telah dibuat dengan
baik. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diperhatikan: Persediaan malam sebelum peperiksaan
|
sometimes,you can"t always find the right words to console someone.Sometimes,words aren"t merely enough.Sometimes,you have to do that little bit more.
Isnin, 9 September 2013
TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan
pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa
kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang
berikut:
namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu
fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
Dalam
saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari
sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut
perlu dielakkan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan