"Umi dan Abah Banyak Berjasa" [ tidak terbalas oleh anakmu jasa umi dan abah] terima kasih umi dan abah...
Jasamu umi dan abah.. tidak terbalas oleh akak umi dan abah. dikaulah cinta ketiga dihatiku.
1. Allah S.W.T
2. Nabi Muhammad S.A.W
3. Abah dan Ummi yang tersayang dan adik-adik yang kurindui selalu
4. Suamiku yang tercinta Syed Muhammad Solehin dan family suamiku yang disanjungi
5. Semua umat islam
Semua diatas adalah cinta dan kasihku didunia dan diakhirat.
Kadangkala, daku terpaku apabila kisah lama berlegar-legar di dalam ingatan.
Teringat ketika sedang daku meningkat remaja, pelbagai ragam dan kisah yang daku dan adik-adik lakukan. Kadangkala daku tersenyum, apabila mengenangkannya dan adakala daku menistiskan air mata. Dari daku dilahirkan sehinggalah daku sudah berumahtangga. Tidak pernah putus pertolongannya terhadapku. Tidak pernah putus doanya buatku. Tidak pernah putus memberikan daku nasihat. Itulah ummi dan abahku. Jasanya amat besar buatku serta adik-adik. Kekuatan kurderatnya adalah untuk memberi kemewahan kami, kesenangan kami, keperluan kami. Terima kasih abah dan ummi. "Akak sayang sangat-sangat pada ummi dan abah". "Kadangkala akak terlupa dan alpa atas jasa ummi dan abah yang telah lama berkorban untuk akak". Sering kali ummi dan abah menasihatkan daku. Tetapi, sering juga daku alpa dan terlupa akan nasihat-nasihat itu. Walaupun begitu, tidak bosan bagi mereka untuk menasihatku, supaya daku menjadi insan yang berguna dan beramal soleh.
" Akak, pergi sekolah belajar rajin-rajin tau? umi nak akak menjadi insan yang berguna dan menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan. Apabila umi dan abah tiada lagi di dunia ini, jagalah adik-adik sepertimana umi dan abah menjaga akak dan adik. Ingat apa yang umi cakapkan ni. Jangan pula masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, kata umi kepadaku."
" Okey umi, akak sayang umi dengan abah tau? akak nak umi dengan abah selalu menemani akak seumur hidup, kata-kataku ketika itu."
Itulah nasihatnya setiap kali daku hendak pergi ke sekolah.
" Anis, belajar rajin-rajin tau? jangan nakal-nakal, kata abah."
" Hehehe akak akan belajar malas-malas ye? akak nak jadi budak nakal juga, jawabku."
Teingat daku akan kata-kataku untuk membuat abahku tersenyum. Umi pun begitu, turut tersenyum dengan kata-kataku. Daku gembira dan amat bahagia apabila umi dan abah tersenyum. Itulah dia ragam kedua orang tuaku. Tidak pernah tunjukkan sedihnya dan juga susahnya kepada daku dan adik-adik. Sebab itulah daku amat menyayangi mereka lebih dari segala-galanya. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan