Cari di Google “improve brain power” dan anda 
akan jumpa pelbagai tip, teknik, buku, dan permainan menunjukkan 
bagaimana anda boleh meningkatkan kuasa minda anda. Kebanyakkannya 
melibatkan senaman fizikal, nutrisi seimbang dan senaman mental yang 
kompleks.
Sungguh seronok jika semua orang mengamalkan tip-tip ini, amat meragui 
jika selepas membaca nasihat seperti ini anda akan mula berjoging selama
 sejam setiap pagi dan tukar diet anda dengan menggabungkan lebih fiber 
dan asid lemak omega-3. Beberapa orang tidak buat seperti ini walaupun 
mereka mempunyai risiko menghadapi sakit jantung!
Adakah cara yang lebih mudah untuk memberi rangsangan kepada fungsi otak? Ada!
1. Tukar posisi tetikus anda.
Ya, ianya semudah begitu.
Dengan menukar posisi tetikus anda (bagi tangan kanan, tukarkan kekiri manakala yang kidal tukar ke bahagian kanan)
 anda akan paksa menggunakan tangan bukan dominan. Ini akan merangsang 
hubungan neural antara kanan dan kiri hemisfera dalam otak. Kajian 
saintifik mengesahkan, manusia yang menggunakan kedua-dua tangan, 
samarata, mempunyai 10% lebih saraf fiber yang bercantum kedua belah 
otak,kiri dan kanan.
Anda mungkin ingin lakukan sebanyak aktiviti yang mungkin dengan tangan 
bukan dominan, tetapi ianya seperti menyusahkan. Saya telah cuba 
memberus gigi menggunakan tangan kiri untuk tiga hari atau lebih, apa 
yang saya dapat adalah tartar di gigi menjadi semakin bertambah. 
Menggunakan tetikus pada tangan yang sebaliknya adalah sesuatu yang 
mudah untuk diamalkan dalam seharian. Pada dua hari yang pertama akan 
terasa pelik, dan anda mungkin perlu tukar semula apabila perlu 
melakukan kerja yang memerlukan penggunaan tetikus yang kerap. Selepas 
fasa meng-adaptasi aktiviti ini, anda dapat menggunakan komputer dengan 
mudah menggunakan kedua belah tangan.
2. Paksa diri anda untuk ingat
Kadang kala anda mahu mengingati nama sesuatu lagu atau nama kawan lama 
yang terlintas difikiran. Ianya ada, dihujung lidah anda, tetapi anda 
tidak ingat. Apa yang anda lakukan bila berlaku seperti ini? Mungkin 
bertanya kawan yang hampir, dan apabila anda ingat anda berkata ‘Oh 
yela! Itu la dia.’
Lain kali perkara ini berlaku, anda paksa diri anda untuk ingat. Otak 
boleh dirangsang seperti otot dan lebih banyak anda lakukan, otak anda 
akan jadi lebih kuat. Ini boleh dipanggil senaman otak.
Jangan hadkan diri anda untuk mengingat. Adakah anda panggil ibu anda 
untuk mendapatkan nombor telefon pak cik anda? Lupakan kertas dan pen – 
anda boleh ingat. Cuba lihat keypad telefon, cuba mencipta gambaran apakah urutan nombornya.
3. Main permainan yang melibatkan berfikir
Anda tidak perlu menyertai dalam Olimpik Matematik untuk meregangkan 
kemampuan minda anda. Tidak, permainan dan aktiviti yang mudah seperti 
sudoku atau silangkata sudah memadai untuk memberi impak ketara pada 
prestasi otak anda. 
Kebiasaan amat penting disini, cuba untuk menggabungkan permainan ini 
atau senaman dalam rutin anda. Anda boleh membawa buku silangkata atau 
telefon pintar yang mempunyai permainan ini setiap hari, sebagai contoh.
 Secara peribadi, saya gemar main perlawanan chess setiap hari sebelum 
mula belajar. Ia hanya mengambil sekitar 15 minit, untuk memastikan otak
 saya mendapat rangsangan setiap pagi.          
Tiada ulasan:
Catat Ulasan